Mentega / Seralat

Mentega / Seralat

Mentega / Seralat

Nama saintifik: Diospyros blancoi

  • Ia merupakan pokok yang mempunyai dua jantina, bermakna ada pokok jantan dan pokok betina.
  • Pokok ini boleh membesar sehingga kira-kira 30 meter tingginya dengan diameter sekitar 50 hingga 80cm.
  • Ia membiak melalui biji benih dan biji benihnya selalunya mengambil masa kira-kira 24 hari untuk bercambah dengan diberikan siraman air yang mencukupi.
  • Ia juga boleh membiak dengan cara pembiakan vegetatif seperti cantuman mata.
  • Buahnya yang berbau wangi itu sedap dimakan begitu sahaja. Rasanya lemak manis.
  • Terdapat 2 jenis buah mentega iaitu berwarna merah dan perang muda.
  • Jenis yang berwarna perang lebih digemari kerana rasa manis beraroma.
Seralat
Seralat